Thursday, 7 March 2013

LUAHAN HATI PARAJURIT


ORANG AWAM

Kami bekerja waktu pejabat
jika rajin overtime, gaji kami besar
cuma perlu beri komitmen terbaik
kami sentiasa bersama keluarga
hari perayaa kami sentiasa ada.

TENTERA

Kami bekerja 24jam sehari
kalau malas baru kam i dapat lelap ayam
gaji kami kecil, tak setanding sijil dan masa perkhidmatan
waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan
tapi kami kena bagi komitmen terbaik, kena korbankan mentaliti kami, korbankan nyawa kami,
korbankan kasih sayang kami.

Sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas
badan kami untuk negara, makanan kami ala kadar,
perut kami bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak.
pakaian kami tak perlukan jenama.
APA YANG KAMI (TENTERA) DAPAT,
KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN. 
mmm betul ke aman?
aman bagi rakyat.
tapi bagi kami, kami sentiasa berperang
mental kami sentiasa diuji.

ORANG AWAM

Belahlah askar..! penceroboh masuk senang jer, askar buat apa?

TENTERA

Malaysia negara diplomatik.
Malaysia sering gunakan perbincangan sebagai alasan utama.
memang polis dah ada yang mati
tapi kalau tentera masuk campur
peperangan akan berlaku
bukan sahaja polis, malah orang awam akan TERKORBAN

ORANG AWAM

Sudahlah..!
kerajaan lembab !
tentera malas, kami rakyat ketakutan.

TENTERA

Inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami
mental kami, dan harta kami untuk negara
tapi kami tetap setia kepada negara
nantikan arahan dan kami bertindak
tindakan kami ada strategi
polis pun hebat cuma mereka  tak diberi kuasa oleh undang-undang
rakyat bersuara, kami terima, arahan diberi, KAMI MARA !\kerana MALAYSIA
kita yang punya
 

No comments:

Post a Comment